Sesi Saringan Akhir AAU 2023

Sesi Saringan Akhir AAU 2023

Oleh: NUR SUFIAH BINTI JAMALUDIN, PUSAT INOVASI DAN DAYA SAING AKADEMIK (PIDA)

Pekan, 27 Jun 2024, sesi saringan akhir AAU 2023 telah diadakan di Global Classroom, Bangunan Pusat Bahasa Moden UMPSA, Pekan. Seramai 7 orang peserta berentap untuk memenangi Anugerah Pengajaran dan seorang peserta bagi Anugerah Ahli Akademik Harapan.

Anugerah Akademik Universiti (AAU) merupakan antara anugerah tahunan berprestij Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (UMPSA) yang bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan serta kepakaran staf Akademik UMPSA dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), memberi galakan dan rangsangan kepada staf Akademik untuk terus berusaha lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan Universiti dalam melahirkan modal insan yang berkualiti menerusi tugas pengajaran, penyeliaan dan pembelajaran, meningkatkan motivasi ahli akademik melalui pendekatan inovasi dan kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Juri luar yang dijemput hadir ke sesi ini adalah Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Kamaruddin bin Abdul Hamid yang diterbangkan daripada Universiti Malaysia Sabah. Seramai 6 orang juri dalaman yang turut menilai calon-calon iaitu Profesor Madya Dr. Nik Aloesnita binti Nik Mohd Alwi, Dekan Pusat Bahasa Moden, Profesor Madya Ts. Dr. Awanis binti Romli, Pengarah Pusat Sumber Pengajaran dan e-Pembelajaran, Profesor Madya Ir Dr. Ngien Su Kong, Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani, Pengarah Pusat TVET Termaju, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina binti Noordin dan Puan Nurul Wahidah binti Arshad, pemenang Anugerah Pengajaran AAU 2022.


Print   Email