Bengkel Penilaian dan Pentaksiran di UMPSA

Bengkel Penilaian dan Pentaksiran di UMPSA

Oleh: NUR SUFIAH BINTI JAMALUDIN, PUSAT INOVASI DAN DAYA SAING AKADEMIK (PIDA)

Pekan, 11 Jun 2024, Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik telah mengadakan Bengkel Penilaian dan Pentaksiran di UMPSA bertempat di Makmal PBM 10 dan 11 UMPSA Pekan.

Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu komponen terpenting yang digunakan untuk mengukur sama ada seseorang pelajar itu berjaya mencapai hasil pembelajaran yang telah digariskan dalam sesuatu kursus. Ia juga merupakan satu aspek penting dalam jaminan kualiti kerana ia merupakan asas kepada penganugerahan kelayakan. Oleh yang demikian, kaedah penilaian pelajar perlulah jelas, konsisten, berkesan, dipercayai serta sejajar dengan amalan terkini. Pemilihan kaedah penilaian yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran perlulah mempunyai bukti yang jelas, iaitu yang menunjukkan pencapaian hasil pembelajaran.

Bengkel selama dua hari itu  bertujuan untuk penyelarasan penilaian dan pentaksiran yang dijalankan di UMPSA serta pembangunan Polisi dan Garis Panduan Pentaksiran dan Penilaian Akademik di UMPSA.

Seramai 27 orang peserta menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada Timbalan Dekan Akademik serta Ketua Program bagi 11 fakulti dan pusat yang terdapat di UMPSA. Hasil daripada bengkel ini akan dibentangkan kepada kesemua dekan sebelum dibentangkan ke Mesyuarat Majlis Perancangan dan Pembangunan Akademik Universiti.


Print   Email