Sesi Audit Dalaman MS ISO 9001:2005 di PIDA

Sesi Audit Dalaman MS ISO 9001:2005 di PIDA

Oleh: NUR SUFIAH BINTI JAMALUDIN, PUSAT INOVASI DAN DAYA SAING AKADEMIK (PIDA)

Pekan, 4 Jun 2024, MS ISO 9001:2015 adalah Pembangunan dan Pengurusan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda dan pengurusan proses secara keseluruhan melibatkan kualiti dari pelbagai aspek seperti program akademik, graduan, perkhidmatan yang ditawarkan, penyelidikan dan penerbitan boleh dicapai mengikut standard kualiti.

Sejajar dengan itu, Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik telah menerima kunjungan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 daripada Ts. Dr. Nafrizuan bin Mat Yahya dan Ts. Dr. Siti Qurratu’ Aini binti Mahat. PIDA yang diketuai oleh Profesor Madya Ir. Dr. Ngien Su Kong telah menerangkan sedikit sebanyak berkenaan dokumen yang telah disediakan kepada juruaudit.  Sesi audit tersebut berlangsung selama separuh hari bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 2.00 petang.

OFI telah diberikan pada akhir pengauditan dan perlu diberi maklumbalas sebelum Ogos 2024.


Print   Email