Bengkel Pelarasan Program Akademik di UMPSA

Bengkel Pelarasan Program Akademik di UMPSA

Oleh: NUR SUFIAH BINTI JAMALUDIN, PUSAT INOVASI DAN DAYA SAING AKADEMIK (PIDA)

Pekan, 11 Mei 2024, Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik telah mengadakan Bengkel Pelarasan Program Akademik di UMPSA. Bengkel ini dihadiri oleh kesemua 11 fakulti dan pusat yang terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan Akademik setiap fakulti, Pengarah Pusat Penempatan dan Pembangunan Kerjaya, Pengarah UMP Advance Education, Pengarah Pusat Pengurusan Akademik dan Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik seramai 36 orang peserta.  

Bengkel ini dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada Bengkel Hala tuju Akademik yang telah diadakan pada 20 dan 21 Disember 2023 di Dewan Bankuet Canseleri UMPSA Kampus Pekan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa.

Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan prestasi program/kelestarian program akademik bagi memuktamadkan penawaran program akademik di UMPSA. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk menyelaraskan penawaran progam akademik berdasarkan halatuju akademik di UMPSA. Menjalankan perbincangan dan memuktamadkan unjuran pelajar bagi program akademik yang ditawarkan bagi tahun 2025-2030.


Print   Email