Bengkel 'Open Registration' Bersama Fakulti dan Pusat di UMPSA

Bengkel 'Open Registration' Bersama Fakulti dan Pusat di UMPSA

Oleh: NUR SUFIAH BINTI JAMALUDIN, PUSAT INOVASI DAN DAYA SAING AKADEMIK (PIDA)

Pada 18 dan 19 Mac 2024, Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik telah mengadakan Bengkel Open Registration kepada kesemua Timbalan Dekan Akademik, Ketua Program, Eksekutif dan Penolong Pegawai Tadbir di kedua dua kampus.

 Bengkel yang berlangsung pada 18 Mac 2024 di Dewan Latihan 1 Bangunan Pusat Teknologi Digital UMPSA Pekan, dihadiri oleh 5 fakulti/pusat iaitu Fakulti Komputeran, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif dan Pusat Bahasa Moden. Seramai 34 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut.

Objektif pelaksanaan program adalah bertujuan untuk:

  • Penyelarasan Jadual Waktu Perkuliahan dan Jadual Waktu Peperiksaan yang dijalankan di UMPSA
  • Penggubalan Garis Panduan Penjadualan Kuliah dan Peperiksaan UMPSA

Antara masalah yang diutarakan oleh fakulti yang terdapat di Pekan adalah:

Pusat Bahasa Moden mempunya masalah dengan blok yang sentiasa bertindih dengan subjek pusat lain dimana slot mereka merupakan blok 2+1. Cadangan yang diusulkan di dalam bengkel adalah PBM menyediakan blok mereka 2+2 bagi mengelakkan fakulti/pusat lain melanggar blok mereka.

Fakulti Kejuruteraan Elektrik mempunyai masalah dengan subjek yang dikombinasikan dengan makmal. Kuliah terpaksa dilakukan di makmal dan ini mengakibatkan kekangan makmal di FTKEE memandangkan subjek-subjek lain juga menggunakan makmal yang sama. Cadangan yang diusulkan adalah, satu perbincangan dengan lebih terperinci akan dilakukan diantara  PIDA dan universiti bagi menyelesaikan masalah ruangan ini.

Penjadualan subjek servis/silang fakulti perlu diletakkan di bawah fakulti yang memiliki kod subjek tersebut walaupun tenaga pengajarnya merupakan staf daripada fakulti lain. Sebagai contoh subjek Computer Programming yang dimiliki oleh Fakulti Komputeran dan diajar oleh staf Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif, penjadualan dan tetapan bilangan pelajarnya haruslah di bawah Fakulti Komputeran

Bengkel pada 19 Mac 2024 pula berlangsung di Dewan Tun Fatimah,UMPSA Gambang  dihadiri oleh 6 fakulti/pusat iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia Dan Proses, Fakulti Pengurusan Industri, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Pusat Sains Matematik dan Pusat Sains Kemanusiaan.

Permasalahan yang berbangkit di dalam bengkel ini adalah, PPA perlu membuat penyelarasan proses kerja bagi sem permulaan. Fakulti yang terlibat iaitu PSK, PBM dan PSM perlu menyelaraskan jadual waktu bersama ketua- ketua program yang terlibat. Seramai 36 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut.

Cadangan-cadangan untuk Garis Panduan Penjadualan Kuliah dan Peperiksaan UMPSA 

  • Mempunyai Blok
  • Setiap penawaran perlulah berada dalam section yang sama dalam blok yang sama walaupun hari yang berlainan.
  • Bagi fakulti di Pekan kursus yang mempunyai 3 jam kredit perlulah mengguna pakai blok 2+2
  • Bagi fakulti di Gambang pula tertakluk kepada ruangan tempat sedia ada.

 


Print   Email