Bengkel Permohonan Sijil SPPT Bersama Fakulti/Pusat di UMPSA

Bengkel Permohonan Sijil SPPT Bersama Fakulti/Pusat di UMPSA

Oleh: NUR SUFIAH BINTI JAMALUDIN, PUSAT INOVASI DAN DAYA SAING AKADEMIK (PIDA)

Pekan, 27 Februari 2024, Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik telah mengadakan Bengkel Sistem Permohonan Sijil SPPT bersama Fakulti dan Pusat di UMPSA. Bengkel ini dihadiri oleh kesemua 11 fakulti dan pusat yang terdiri daripada Eksekutif, Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir yang menguruskan perihal akademik di fakulti/pusat masing-masing.  

Objektif pelaksanaan bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi informasi dan penerangan berkenaan Sistem Permohonan Sijil SPPT yang mana sistem ini adalah sistem yang baharu digunapakai di UMPSA. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan permohoan Sijil SPPT di UMPSA  Seramai 29 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama FTKEE, UMPSA Pekan.


Print   Email