Bengkel Pengurusan Kualiti Akademik
Oleh: NUR SUFIAH BINTI JAMALUDIN, PUSAT INOVASI DAN DAYA SAING AKADEMIK (PIDA)
Pada 18 dan 19 Januari 2024, Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik telah mengadakan Bengkel Pengurusan Kualiti Akademik. Bengkel ini dibahagi kepada dua hari yang dihadiri oleh Timbalan Dekan Akademik, Ketua Program, Eksekutif dan Penolong Pegawai Tadbir di kedua dua kampus.
Bengkel yang berlangsung pada 18 Januari 2024 di Bilik Mesyuarat Utama Pusat Bahasa Moden, UMPSA itu dihadiri oleh Eksekutif Kanan, Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir yang menguruskan urusan akademik di fakulti masing masing. Seramai 37 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut.
Objektif pelaksanaan program adalah bertujuan untuk memperkasakan Pengurusan Kualiti Akademik di UMPSA, penerangan semula kepada Open Registration dan IMS Akademik dan penerangan kepada Sistem Sijil Progam Pengkhususan Terbuka (SPPT)
Pada 19 Januari 2024, penerangan kepada Timbalan Dekan Akademik dan Ketua Program kesemua fakulti dan pusat diadakan di Dewan Kuliah Pusat Bahasa Moden, UMPSA Pekan. Seramai 81 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut.