Pembudayaan hidup sihat UMPSA galak warga PIDA terus aktif

Pembudayaan hidup sihat UMPSA galak warga PIDA terus aktif

Oleh: SITI SARAH MOHAMAD RAJIMI, PUSAT INOVASI DAN DAYA SAING AKADEMIK (PIDA)

 

Pekan, 11 Oktober 2023 - Sejajar dengan Pembudayaan Hidup Sihat melalui inisiatif Teras 5C: Kampus Pintar dan Lestari di bawah Pelan Strategik UMPSA 2023-2025, warga Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (PIDA) sentiasa kekal aktif melibatkan diri dalam setiap Program Gaya Hidup Sihat anjuran universiti.

Antara program yang disertai adalah 10,000 Langkah UMPSA, Briskwalk 3KM, Senam Seni UMPSA, UMPSA Fun Ride 2, Acara Larian dan Berbasikal, Aerodance Ifiter, Berkayak, Bicara Minda Sihat, Kempen Derma Darah, Saringan Kesihatan Healthy Chef UMP, dan pelbagai lagi.

Menurut Pengarah PIDA, Dr. Noram Irwan Ramli, kesihatan adalah aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara.

“Setiap individu perlu mengutamakan untuk mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari dengan beriadah, membuat pergerakan fizikal, berkomunikasi sosial bagi mengurangkan tekanan.

“Gaya hidup sihat adalah amat penting bukan sahaja bagi menjamin kecergasan dan kesihatan fizikal, malah amat penting bagi memastikan produktiviti dan prestasi kerja sentiasa terjaga.

“Kesihatan yang tidak baik bagi seseorang individu tersebut bakal menjejaskan hasil kerja kerana seseorang itu tidak akan mampu memberi khidmat yang terbaik disebabkan kesihatan yang terjejas,” katanya.

Tambah Pembantu Tadbir PIDA, Norshafika Razam Sham, sepanjang menyertai program-program ini banyak manfaat yang diperoleh antaranya badan berasa lebih cerdas, bertenaga  dan juga dapat menghilangkan stres di tempat kerja.

“Program seumpama ini juga bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama staf malah turut menggalakkan staf memiliki gaya hidup yang sihat bagi memastikan khidmat yang diberikan kepada jabatan dan universiti adalah yang terbaik dan cemerlang,” ujarnya.

Semua warga PIDA telah melibatkan diri dalam semua program yang diadakan.


Print   Email