PIDA Terima 4 Bintang Audit Penarafan KKP UMPSA 2022

PIDA Terima 4 Bintang Audit Penarafan KKP UMPSA 2022

Oleh: SITI SARAH MOHAMAD RAJIMI, PUSAT INOVASI DAYA SAING AKADEMIK (PIDA)

PEKAN, 10 Oktober 2023 - Pusat Inovasi Daya Saing Akademik (PIDA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima anugerah 4 Bintang bagi Audit Penarafan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2022 yang telah diadakan di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak, UMPSA Pekan baru-baru ini.

Eksekutif Kanan dan Penyelaras Jawatankuasa KKP PIDA, Zuryaty Zol turut hadir bagi mewakili Pengarah PIDA, Dr. Noram Irwan Ramli pada sesi penerimaan anugerah sempena Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) UMPSA 2023: Moh Patuh, Prihatin dan Tegur, Proaktif  Dalam Mencegah Kemalangan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli.

Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi dalam ucapannya, UMPSA melalui Pelan Strategik UMPSA 2021 - 2025 (UMPSA25) di bawah Teras 5B Sumber Manusia Sejahtera (Objektif Strategik 5 - Kecemerlangan Ekosistem Universiti) telah pun merangka dan melaksanakan pelbagai program berimpak dalam menyejahterakan warganya termasuk juga dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 

Menurut Zuryaty, PIDA menyokong penuh penganjuran Minggu KKP ini kerana program seumpama ini dapat memupuk kesedaran warga UMPSA untuk membudayakan sikap patuh, prihatin dan tegur bagi mengekalkan persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat serta dapat mencegah kemalangan yang berpotensi menyebabkan kecederaan.

“Ini merupakan satu inisiatif murni dalam usaha untuk kita meningkatkan lagi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam sesebuah organisasi.

 “Semoga semua pusat tanggungjawab (PTJ) di UMPSA dan PIDA khususnya terus komited dalam menjadikan tempat kerja masing-masing dalam keadaan yang kondusif, selamat dan juga sihat” katanya.

 


Print   Email