Pensyarah UMPSA Unggul dengan Inovasi LabQuest, Raih Emas dan Anugerah Kategori Terbaik di IIEE 2024

Pensyarah UMPSA Unggul dengan Inovasi LabQuest, Raih Emas dan Anugerah Kategori Terbaik di IIEE 2024

 
 
 
Kuantan | 15 Ogos 2024 - Syabas dan tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah daripada UMPSA yang telah berjaya merangkul hadiah utama di INVENTION, INNOVATION & ENTREPRENEURSHIP IDEA EXHIBITION (IIEE) 2024 yang telah berlangsung di Kolej Poli-Tech MARA, Kuantan. 
 
Kumpulan yang terdiri daripada Dr. Wan Norfazilah binti Wan Ismail, Dr. Shariza binti Jamek dan Dr. Siti Umairah binti Mokhtar dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) serta En. Mohd Shafeirul Zaman bin Abd Majid dari Pusat Bahasa Moden (PBM) telah berjaya merangkul ANUGERAH EMAS dan BEST CATEGORY AWARD bagi Kategori - Inovasi Pensyarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 
 
Inovasi yang diberi nama LabQuest dibangunkan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang pengurusan kualiti di makmal. Tidak hanya terhad kepada pelajar, inovasi ini juga boleh digunakan oleh mereka yang baru berkecimpung dalam kerjaya yang melibatkan pengurusan kualiti.

Kumpulan penyelidik turut membangkitkan penghargaan khas kepada Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (PIDA) atas sokongan geran penyelidikan ini di bawah projek "Assessing The Effectiveness of Laboratory Quality Management Learning Through a Board Game-Based Approach , PPU230110" yang memainkan peranan penting dalam memajukan inovasi ini.
 
Semoga dengan kejayaan ini memberi inspirasi kepada warga UMPSA untuk melonjakkan idea inovatif dan kreatif terutama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. TAHNIAH!
 
 
 
                        

Print   Email