SESI BIMBINGAN CALON BAGI PENYEDIAAN DOKUMENTASI PERMOHONAN ANUGERAH AKADEMIK UNIVERSITI (AAU) 2022
Sesi perkongsian dimulakan dengan Taklimat Pengenalan dan perancangan gerak kerja proses sebagai persediaan kepada peserta ke Sesi Penilaian Saringan Akhir AAU 2022.
Profesor Madya Dr. Nik Aloesnita di dalam perkongsiannya telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai pemenang AAU pada tahun 2011 dan 2014 dan berharap ianya dapat membantu dan memberi manfaat kepada para peserta dalam menyediakan dokumen yang berkualiti.
Anugerah Akademik Universiti (AAU) merupakan antara anugerah tahunan berprestij Universiti Malaysia Pahang yang bertujuan mengiktiraf sumbangan serta kepakaran staf akademik UMP dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan seterusnya memberi galakan dan ransangan kepada staf akademik untuk terus berusaha lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan Universiti dalam melahirkan modal insan yang berkualiti menerusi tugas Pengajaran , Penyeliaan, Pembelajaran dan lain-lain.