LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI KELANTAN

LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI KELANTAN

 

PEKAN, 14 September 2023 - Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah menerima lawatan penanda aras daripada Kolej Vokasional Kuala Krai, Kelantan. Lawatan penandaaras ini merupakan lawatan yang perlu dilaksanakan mereka sebagai salah satu komponen yang perlu ada untuk pihak PPT membuat persediaan dalam membentuk garis panduan terhadap segala pengurusan dan tahap UMPSA beroperasi dalam melahirkan graduan yan berkualiti.

Antara objektif lawatan adalah untuk mempertingkatkan pengurusan jaminan kualiti bagi pematuhan akreditasi penuh MQA/MBOT. Mendapatkan makluman dan perkongsian kepakaran dalam bidang berkaitan 10 program yang ditawarkan oleh pihak UMPSA. Membantu program bagi mencapai matlamat misi dan visi kolej serta berjaya mendapatkan akreditasi penuh MBOT. Memberi pendedahan kepada pensyarah CQI yang perlu dibuat ke atas fasiliti kolej. Menambahbaik dan memantapkan perlaksanaan OBE terutamanya dalam aspek Confinement Qualification Improvement (CQI). Memantapkan prosedur pengurusan kualiti berterusan Closing The LOOP (CTL) dan menjalinkan hubungan kerjasama antara institusi Kolej Vokasional Kuala Krai dan UMPSA.

Lawatan satu hari yang melibatkan 32 orang ahli delegasi dari Kolej Vokasional Kuala Krai itu diketuai oleh Ketua Jaminan Kualiti, Puan Hjh. Asnah binti Abdul Aziz penyelaras program dan tenaga pengajar. Turut hadir mempengerusikan majlis adalah Ir. Ts. Dr. Nurhidayah binti Azmy. Lawatan adalah meliputi meliputi Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), Perpustakaan Kampus Pekan, Pusat Pengurusan Akademik (PPA) dan Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik.

 


Print   Email