BENGKEL TERMA LANTIKAN LUAR SIRI 2 2025

BENGKEL TERMA LANTIKAN LUAR SIRI 2 2025

Isnin, 17 Februari 2025 – Seramai 23 orang staf yang terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan Akademik, dan Eksekutif Fakulti UMPSA telah menyertai Bengkel Terma Lantikan Luar anjuran Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (PIDA), Jabatan Canseleri. Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UMPSA Pekan.
Bengkel siri kedua ini merupakan kesinambungan daripada bengkel yang telah dilaksanakan pada 22 Januari 2025.
Dalam sesi kali ini, Garis Panduan Lantikan Luar bagi Skim Kepakaran Akademik, yang telah dibincangkan sebelum ini antara PIDA, Timbalan Dekan Akademik, dan Eksekutif setiap fakulti/pusat, dibawa ke peringkat perbincangan bersama Dekan-dekan fakulti bagi mendapatkan persetujuan terhadap cadangan penambahbaikan yang telah dirangka.
PIDA berharap sesi perbincangan ini dapat memperkukuh dan memperkasakan pelaksanaan akademik di UMPSA, sekali gus menyokong aspirasi universiti dalam memastikan keberkesanan sistem lantikan luar yang lebih jelas, telus, dan selaras dengan keperluan akademik semasa.
Melalui bengkel ini, PIDA terus komited untuk menyokong penambahbaikan berterusan dalam ekosistem akademik UMPSA, sejajar dengan matlamat universiti untuk mencapai kecemerlangan akademik dan daya saing global.
 

Print   Email