Bengkel Artikulasi UMPSA dan Institut Pendidikan Mara (IPMA)

Bengkel Artikulasi UMPSA dan Institut Pendidikan Mara (IPMA)

GAMBANG, 25 Februari – Pn. Rosnani binti Mohd Rosdi, Timbalan Pengarah I (Pengajian) dan Ts. Asmar bin Suid, Timbalan Pengarah II dari Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA bersama delegasi hadir ke Kampus Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Gambang hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Kerjasama Strategik UMPSA-IPMa serta Bengkel Artikulasi UMPSA-IPMa.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dato Ir Ts Dr Ahmad Ziad Sulaiman turut dihadiri oleh Profesor Ts. Dr. Kamal bin Yusoh, Penolong Naib Canselor (Pengembangan Akademik), Profesor Ts. Dr. Hamdan bin Daniyal, Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Hasnun Arif bin Hassan, Pengarah Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik; En. Abd Rahman bin Hj. Safie, Pengurus Kanan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, serta Profesor Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab.
Mesyuarat dan bengkel ini bertujuan memperkukuh kerjasama akademik antara UMPSA dan Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk peluang penawaran program dan pemindahan kredit yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua institusi. Selain itu, perbincangan turut memfokuskan laluan pendidikan lepasan pelajar IPMa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UMPSA.
Kerjasama ini dijangka dapat membuka lebih banyak peluang pendidikan tinggi kepada pelajar IPMa selain menyokong pembangunan modal insan yang kompeten dan berdaya saing sejajar dengan keperluan industri semasa.
 
 
 

 

 
 
     
 
 
     
 
     
 

Print   Email