AAU dan AANUMPSA
Panduan Permohonan
Anugerah Akademik Universiti
Adalah dimaklumkan bahawa Anugerah Akademik Universiti (AAU) anjuran Pusat Inovasi Dan Daya Saing Akademik (PIDA), merupakan penganugerahan oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang bertujuan untuk:
- Mengiktiraf sumbangan serta kepakaran staf akademik UMPSA dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP);
- Memberi galakan dan rangsangan kepada staf akademik untuk terus berusaha lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan Universiti dalam melahirkan modal insan yang berkualiti menerusi pengajaran, pembelajaran, penyeliaan, dan lain-lain; serta
- Meningkatkan tahap motivasi staf akademik melalui pendekatan inovasi dan kreativiti dalam bidang PdP.
AAU2025
ANUGERAH PENGAJARAN
Anugerah Pengajaran terdiri daripada 3 kategori iaitu
- Kejuruteraan
- Sains Gunaan
- Sains Sosial
AAU2025
ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN
Panduan Permohonan
Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-16
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa permohonan untuk Anugerah Akademik Negara (AAN) 2025 kini dibuka mulai 7 April 2025 hingga 5 Jun 2025. Anugerah ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi sebagai pengiktirafan kepada ahli akademik yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang masing-masing serta memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan ilmu dan negara.
Sehubungan itu, semua warga akademik adalah dipelawa untuk menyertai kategori-kategori anugerah yang ditawarkan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://spaka.mohe.gov.my/
Untuk maklumat lanjut berkenaan AAN ke-16 boleh hubungi kami di pida@umpsa.edu.my