FUNGSI PUSAT INOVASI DAN DAYA SAING AKADEMIK
Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (PIDA) bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan inovasi akademik yang berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta latihan berkaitan staf akademik merangkumi aspek berikut:
- Merancang dan membuat analisa keperluan staf akademik di fakulti / pusat
- Merancang, membangun dan menyelaras program / latihan / modul bagi pembangunan kompetensi staf akademik
- Menggalakkan inovasi di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui penawaran Geran PdP
- Membudayakan penyelidikan dan inovasi di dalam PdP melalui penerbitan di dalam jurnal inovasi PdP
- Menyelaras penilaian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian (E-PAT)
- Merancang dan menyelaras proses Anugerah Akademik Universiti (AAU), Anugerah Akademik Negara (AAN), dan Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI).
- Menyelaras dan memantau sistem Rancangan Pengajaran (IMS Teaching Plan)
- Menyelaras bajet peralatan usang berkaitan PdP (peralatan makmal, ICT, dan lain-lain)
- Membuat analisa dan memantau ruang-ruang fizikal untuk tujuan PdP